MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT DALAM BIUS (ANESTHESIA) DI KUALA LUMPUR.

3 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Garis Panduan Penggunaan Ubat yang selamat dalam bius (Anesthesia) di Kuala Lumpur.

Pakar-pakar dalam bidang bius (Anesthesia) dari seluruh Negara dan juga antarabangsa seperti negara Thailand, Korea Selatan dan Australia telah berkumpul di Ibu Negara hari ini bagi menghadiri Kongres Ilmiah Tahunan yang ke 61 anjuran bersama Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA) dan College of Anaesthesiologists (CoA), Academy of Medicine of Malaysia.

Menurut YB Menteri Kesihatan, penglibatan pakar bius dalam penjagaan kesihatan adalah menyeluruh. Tiga inisiatif yang signifikan telah dilancarkan di Majlis Perasmian kongres ini, antaranya:

1. Garis Panduan Penggunaan Ubat yang selamat dalam Bius

2. Kenyataan MSA-CoA tentang 'Sokongan Rakan Sebaya Selepas Peristiwa luar jangka: Tumpuan kepada Mangsa Kedua

3. Memperkasakan kanak-kanak dengan kemahiran menyelamatkan nyawa dengan mempelajari kemahiran resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali sebagai (CPR).

Tema kongres bagi tahun ini adalah "MyAnaesthesia 2024: Where Science Meets Art". Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan berkata sains dan seni menggariskan pendidikan dan latihan yang luas yang diperlukan untuk melayakkan diri dalam bidang ini. Di Malaysia, untuk menjadi pakar bius, seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 tahun latihan kepakaran pasca siswazah, dan tambahan 3 tahun untuk latihan subkepakaran”.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr Yong Chow Yen, President Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA) dan YBrs Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin, President College of Anaesthesiologists (CoA), Academy of Medicine of Malaysia.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-07 12:07:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page