MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA T.Y.T VALIOLLAH MOHAMMADI NASRABADI, DUTA REPUBLIK ISLAM IRAN KE MALAYSIA.

5 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Republik Islam Iran ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Republik Islam Iran terutamanya dalam diplomasi kesihatan.

Kujungan hormat ini membincangkan potensi kerjasama kesihatan berkaitan peranti perubatan serta pertukaran pegawai perubatan antara kedua-dua negara untuk meningkatkan kemahiran perubatan dan penyelidikan.

Selain itu, T.Y.T Valiollah Mohammadi Nasrabadi turut menjemput YB Menteri Kesihatan untuk membuat lawatan rasmi bagi melawat fasiliti kesihatan dan kemudahan yang terdapat di Republik Islam Iran.

Dr. Mohsen Saraf Bidabadi, Kaunselor Pendidikan Saintifik daripada Kedutaan Republik Islam Iran turut berkongsi potensi untuk mengadakan kerjasama antara kedua-dua negara, antaranya dalam bidang kesihatan digital, perubatan nano, pembangunan peranti perubatan dan pelancongan kesihatan.

Kunjungan hormat pada hari ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Republik Islam Iran.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-07 14:18:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page