MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENJENAMAAN SEMULA KPJ BERHAD YANG BERTEMAKAN "CELEBRATION OF OUR CARE FOR LIFE JOURNEY,"DI IBU PEJABAT KPJ HEALTHCARE DI KUALA LUMPUR

6 Ogos 2024- Majlis penjenamaan semula KPJ Berhad yang bertemakan "Celebration of Our Care for Life Journey," telah diadakan di ibu pejabat KPJ Healthcare di Kuala Lumpur.Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau mengucapkan tahniah kepada KPJ Healthcare Berhad atas kejayaan inisiatif dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan serta memberi sokongan kepada kerajaan dalam program akan datang iaitu Malaysia International Healthcare Megatrend.

Dalam ucapan, beliau turut berkongsi antara usaha KKM dalam pendigitalan sistem penjagaan kesihatan termasuk untuk mewujudkan rekod kesihatan perubatan elektronik di peringkat kebangsaan dengan kerjasama perkongsian awam swasta.

Antara lain, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara pertama yang menjadi sebahagian daripada rangkaian global di mana rekod perubatan para jemaah haji boleh didapatkan dengan segera oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Arab Saudi.

Beliau berharap KKM dan KPJ Healthcare dapat terus membina kerjasama awam swasta dalam usaha untuk mengetengahkan keutamaan pesakit sebagai asas kepada penjagaan kesihatan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, YBrs. Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare bersama-sama dengan Lembaga Pengarah daripada JCorp dan KPJ Healthcare.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:15:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page