MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELUNCURAN 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN KANAK-KANAK MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN DI PUTRAJAYA

7 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Majlis Peluncuran 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-Kanak Malaysia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak ini merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030. Pemakanan ibu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin, kekurangan nutrisi semasa kehamilan akan menjejaskan pertumbuhan janin dan mungkin akan menyebabkan masalah bantut ataupun masalah obesiti semasa mereka dewasa.

Nutrisi semasa kehamilan dan nutrisi dalam 2 tahun yang pertama terutamanya semasa anak dalam peringkat lonjakan pertumbuhan adalah amat kritikal untuk perkembangan mereka. Selain itu, kekurangan nutrisi dalam 1,000 hari pertama kehidupan adalah punca utama yang menyebabkan masalah bantut serta meningkatkan risiko seperti obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) semasa dewasa.

YB Menteri Kesihatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dari sektor kesihatan swasta, badan pertubuhan antarabangsa, persatuan profesional kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan daripada pelbagai bidang seperti perubatan dan kesihatan, pemakanan dan pergigian atas kehadiran dan sumbangan mereka sebagai Rakan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperkasa inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-Kanak. Sejajar dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang menekankan kepentingan penglibatan semua pihak melalui pendekatan seluruh negara atau 'whole-of-nation approach' untuk menjayakan agenda kesihatan negara.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Dr. Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dan YBrs. Puan Rusidah Selamat, Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:22:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page