MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENJENAMAAN STESEN MRT KOTA DAMANSARA THOMSON HOSPITAL.

8 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Majlis Penjenamaan Stesen MRT Kota Damansara Thomson Hospital.

Beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian 30 tahun perkhidmatan cemerlang Hospital Thomson dalam penjagaan kesihatan dan usaha untuk menekankan kepentingan integrasi perkhidmatan kesihatan dengan pengangkutan awam.

Penjenamaan stesen MRT Kota Damansara ini merupakan perkembangan utama dalam merapatkan jurang antara penjagaan kesihatan dan pengangkutan. Ia menjadikan perkhidmatan yang penting ini lebih mudah diakses oleh orang ramai.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2021, menunjukkan lebih separuh daripada populasi global tidak mempunyai akses penuh terhadap perkhidmatan kesihatan asas. Sehubungan itu, YB Dato Lukanisman amat menggalakkan inisiatif usaha bersama antara sektor penjagaan kesihatan swasta seperti Hospital Thomson dengan MRT Corporation dalam menangani isu ini.

Integrasi kemudahan kesihatan dengan pengangkutan awam tidak hanya memberi manfaat kepada pesakit dengan mengurangkan beban pengangkutan tetapi juga menyokong pekerja kesihatan dengan memperbaiki pengurusan masa dan kesejahteraan mereka.

KKM sentiasa memberikan komitmen terhadap masa depan negara yang lebih sihat, inklusif dan lestari.

#KKMPrihatin

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:37:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page