MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KEMPEN SARINGAN KESIHATAN ANJURAN BERSAMA MALAYSIA BUDDHIST ASSOCIATION KL-SELANGOR BRANCH MEDICAL WELFARE CENTRE DAN NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA.

11 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir merasmikan Kempen Saringan Kesihatan anjuran bersama Malaysia Buddhist Association KL-Selangor Branch Medical Welfare Centre dan National Cancer Society of Malaysia.

Kanser serviks merupakan antara kanser yang boleh dicegah namun kekal menyerang wanita kerana kurang kesedaran terhadap penyakit ini dalam kalangan masyarakat umum. Penyebab utama penyakit ini ialah human papillomavirus (atau HPV) yang kini boleh dicegah melalui vaksinasi.

Kanser, apabila dikesan awal, jauh lebih mudah dirawat dan terurus. Malangnya, ramai rakyat Malaysia masih tidak memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan saringan yang ada kerana kurangnya kesedaran atau kebolehcapaian (accessibility). Hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan vaksinasi HPV, khususnya di kalangan gadis dan wanita muda mampu dikecapi melalui anjuran kempen-kempen pendidikan kesihatan seperti ini.

Anjuran kempen seperti ini akan menekankan kepentingan pemeriksaan berkala, terutamanya untuk kanser seperti kanser serviks, payudara dan kolorektal.

Perjuangan menentang kanser bukan sekadar cabaran perubatan, ia adalah satu kewajipan moral yang memerlukan usaha kolektif kerajaan, anggota kesihatan, organisasi komuniti, dan setiap individu melalui pendekatan seluruh negara, yang menjadi pusat Agenda Nasional Malaysia Sihat (atau ANMS)

Turut hadir Master Ming Ji, Pengerusi Malaysia Buddhist Association KL Selangor Branch, Profesor Dr. Yong Lit Chen, Pengarah Malaysia Buddhist Association KL Selangor Branch, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, National Cancer Society of Malaysia dan Dr Vijayan Manogran, Perunding Urologi dan Pakar Bedah Pemindahan Buah Pinggang, Hospital Kuala Lumpur.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-12 12:23:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page