MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KESATUAN SEKERJA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2024 DI HOTEL IMPERIAL KUCHING, SARAWAK.

12 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 di Hotel Imperial Kuching, Sarawak.

Konvensyen Kesatuan Sekerja merupakan satu platform bagi menghimpunkan semua kesatuan di bawah KKM. Konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini membolehkan pihak Kesatuan Sekerja mengadakan perbincangan secara terus dan konstruktif dengan pihak pengurusan KKM bagi menghasilkan resolusi yang positif.

Majlis Konvensyen Kesatuan Sekerja tersebut menunjukkan pihak pengurusan KKM sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi pertemuan dari semasa ke semasa dalam usaha merungkai permasalahan yang dibangkitkan oleh kesatuan.

Dato Lukanisman turut menyatakan bahawa bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan berada pada tahap yang efisen, dua agenda penting yang menjadi keutamaan KKM iaitu transformasi kesihatan digital secara menyeluruh dan pembiayaan kesihatan ('health financing'). Oleh itu, usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan sokongan dan usaha daripada semua pihak dalam mempertingkatkan kualiti sistem penjagaan kesihatan negara, sekaligus merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI secara bersama.

Turut hadir YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Encik Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia KKM, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Encik Ajulahin Japin, Presiden Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU).

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-13 11:50:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page