MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS RAMAH MESRA KESATUAN SEKERJA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2024 DI HOTEL IMPERIAL KUCHING, SARAWAK.

12 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 di Hotel Imperial Kuching, Sarawak.

Majlis tersebut bertujuan meraikan pencapaian dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja KKM. Kejayaan dalam sektor kesihatan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kerjasama yang erat antara semua pihak. Oleh itu, majlis ini merupakan satu platform bagi semua peserta untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan memperkukuh semangat kerja berpasukan.

YB Dato Lukanisman berharap agar usaha ini dapat memperkukuhkan hubungan dalam kalangan semua peserta dan memberi inspirasi untuk pencapaian yang lebih cemerlang khususnya terhadap perkhidmatan kesihatan negara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Adnan Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Encik Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia KKM, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Encik Ajulahin Japin, Presiden MAPSU.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-13 12:00:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page