MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA OLEH TYT PETER VAN ACKER, DUTA BESAR BELGIUM KE MALAYSIA

13 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Peter Van Acker, Duta Besar Belgium ke Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya hari ini. Sesi kunjungan hormat berkenaan bertujuan membincangkan potensi kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara terutamanya dalam diplomasi kesihatan.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan TYT Peter Van Acker telah bertukar pendapat mengenai sistem kesihatan di kedua-dua negara. Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga telah membincangkan mengenai cadangan kerjasama dalam pelbagai bidang kesihatan melibatkan pengurusan sisa perubatan di fasiliti kesihatan, industri farmaseutikal dan kesihatan awam.

Kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai peranan Malaysia yang akan mengambil alih kepengerusian ASEAN pada tahun 2025, terutamanya dalam sektor kesihatan.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Belgium di Malaysia.

 

image image image

Kemaskini pada 2024-08-14 11:56:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page