MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI LIBAT URUS BAGI CADANGAN PELAKSANAAN INISIATIF PENANDAAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA SERTA FARMASI KOMUNITI

13 Ogos 2024- Sesi Libat Urus bagi cadangan Pelaksanaan Inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta serta Farmasi Komuniti dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan di Putrajaya melibatkan 500 orang peserta secara fizikal dan dalam talian.

Objektif sesi libat urus ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan serta memaklumkan tinjauan yang dijalankan di portal konsultasi awam (UPC) berhubung cadangan Pelaksanaan Inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta serta Farmasi Komuniti.

Semua pandangan dan maklum balas berhubung penandaan harga jualan ubat-ubatan akan diambil perhatian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi kepentingan rakyat.

Dalam ucapan, Dato’ Sri Norazman berkata kerajaan telah bersetuju melalui pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk mencadangkan satu mekanisme berhubung dengan ketelusan harga ubat.

Turut hadir, YBrs. Puan Norhaliza binti A Halim, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, YBhg Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBrs. Tuan Shamsul Nizam bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan YBrs. Dr Federa Aini binti Haji Bibit, Timbalan Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-14 11:45:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page