MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KE INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) KUCHING, SARAWAK.

13 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching, Sarawak.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung pelaksanaan latihan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching selain meninjau kemudahan dan fasiliti yang disediakan di ILKKM dalam usaha menghasilkan anggota kesihatan yang dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan seterusnya memelihara tahap kesihatan rakyat dengan lebih baik.

ILKKM Kuching ini mula beroperasi pada 10 September 2005. Kini, seramai 1,324 pelatih yang sedang menjalani latihan di ILKKM Kuching di mana 1,053 pelatih daripada 3 Program Pra Perkhidmatan dan 271 pelatih daripada 10 Program Lanjutan (Pos Basik).

Selaras dengan objektif penubuhan ILKKM untuk membangunkan modal insan yang cemerlang, KKM sentiasa berusaha mengkaji dan memantapkan program-program latihan di ILKKM bagi memastikan modal insan yang dikeluarkan adalah kompeten dan berkemahiran tinggi bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Dato Lukanisman dibawa melawat sekitar fasiliti ILKKM seperti Dewan kuliah, makmal komputer, makmal ketrampilan, dewan makan dan asrama. Beliau turut beramah mesra bersama tenaga pengajar, kakitangan serta pelatih-pelatih di ILKKM. Dibsamping itu, satu sesi soal jawab antara Dato Lukanisman bersama para pelatih turut diadakan.

Dato Lukanisman menasihati para pelatih bahawa keunggulan dalam kesihatan bermula dengan latihan yang cemerlang dan komitmen yang kukuh, dan latihan di ILKKM ini adalah asas yang kukuh untuk menjana profesional kesihatan yang berdesikasi dan berwibawa.

Turut hadir, YBrs. Encik Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KKM, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, YBrs. Encik Azlan Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi Latihan) KKM dan YBrs. Puan Ng Lee Cheng, Timbalan Pengarah Akademik ILKKM Kuching.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-14 11:52:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page