MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN PADAWAN, KUCHING SARAWAK.

13 Ogos 2024- YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Padawan, Kuching Sarawak.

Kedatangan YB. Dato Lukanisman dan delegasi telah disambut oleh Dr. Mishael Leo Anak William Leo, Pegawai Perubatan Yang Menguasa Klinik dan telah diberi taklimat mengenai Klinik Kesihatan Padawan.

Klinik Kesihatan Padawan yang berstruktur kayu kini berusia 45 tahun dan telah ditubuhkan sejak tahun 1979 memberi perkhidmatan kesihatan kepada populasi 4,000 penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 40 orang sehari.

Klinik Kesihatan Padawan menyediakan perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar, perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Penjaagan Luka, perkhidmatan psikiatri & kesihatan Mental, perkhidmatan kesihatan bergerak dan lain-lain lagi.

Dato Lukanisman turut melawat sekitar klinik kesihatan bagi meninjau fasiliti dan sempat beramah mesra bersama kakitangan Klinik Kesihatan Padawan. Dato Lukanisman turut melawat berek KK Pendawan yang telah disenarai dalam projek penambaikan tahun 2023.

Turut hadir, YB Datuk Willie Anak Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-21 15:04:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page