MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI TAKLIMAT MEDIA BERKAITAN KESIHATAN MENTAL DAN PELAPORAN MEDIA SELAMAT DAN BERTANGGUNGJAWAB BERKAITAN TINGKAH LAKU BUNUH DIRI DI IPKKM.

15 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Taklimat Media berkaitan Kesihatan Mental dan Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Taklimat media ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope), satu inisiatif pencegahan tingkah laku bunuh diri oleh KKM yang telah dilancarkan pada 31 Julai 2023 yang lalu.

Taklimat yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dari setiap Kementerian dan Agensi di bawah Perkhidmatan Awam serta pengamal media ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental, memberikan pendedahan tentang kepentingan pelaporan selamat dan bertanggungjawab berkaitan tingkah laku bunuh diri serta panduan penulisan dan pelaporan media

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan trend peningkatan kes bunuh diri daripada 2019 sehingga 2021 iaitu daripada 609 kes kepada 1,142 kes. Pada tahun 2023, terdapat peningkatan sebanyak 10% kes kematian bunuh diri daripada tahun 2022, iaitu 981 kes kepada 1,087 kes.

Pegawai Perhubungan Awam dan pengamal media memainkan peranan yang amat penting dalam penulisan dan pelaporan berkaitan tingkah laku bunuh diri. Penulisan dan pelaporan yang selamat dan bertanggungjawab memberikan kesan positif kepada masyarakat.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan garis panduan pelaporan berhemah, selamat dan bertanggungjawab tentang tingkah laku bunuh diri.

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) menyediakan perkhidmatan tele-kaunseling secara atas talian menerusi Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling KKM bagi bantuan sokongan emosi dan psikososial kepada mereka yang memerlukan. Talian ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam termasuk cuti umum.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr Nurashikin binti Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-21 16:37:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page