MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN HARI TALASEMIA SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG.

17 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Sambutan Hari Talasemia Sedunia tahun ini berlangsung dengan tema ‘Memperkasakan Kehidupan, Mendukung Kemajuan : Rawatan yang Saksama dan Mudah Dicapai’. Ia adalah hari kesedaran global yang meraikan komuniti Talasemia di seluruh dunia dan berusaha ke arah kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan, sosial dan lain-lain.

Program Kawalan dan Pencegahan Talasemia Kebangsaan telah bermula sejak 25 Ogos 2004 bagi mengawal beban kesihatan awam tanggungan negara. Program ini merangkumi aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan berkaitan Talasemia, saringan dalam komuniti, pengurusan klinikal yang komprehensif dan penubuhan Malaysia Thalassemia Registry (MTR). Data daripada Malaysia Thalassemia Register 2020 menunjukkan terdapat 8,767 orang pesakit Talasemia di Malaysia.

Ujian saringan Talasemia dalam kalangan murid Tingkatan 4 di sekolah telah bermula sejak tahun 2016, menggantikan saringan terhadap ibu hamil.

Sehingga September 2023, seramai 1,672,727 murid telah ditawarkan saringan Talasemia di sekolah. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,438,500 orang murid telah menjalani saringan. Dari jumlah disaring iaitu 1,438,500 murid, seramai 366,187 (25.5%) disyaki pembawa (carrier) dan dirujuk untuk ujian pengesahan.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan berusaha memastikan rawatan dan kemudahan ubat-ubatan mudah diakses dan mencukupi serta kadar bayaran untuk rawatan yang standard untuk pesakit Talasemia.

Dalam pada itu, antara aktiviti diadakan bersempena dengan sambutan program pada hari ini adalah “Thalassaemia Run”, ceramah mengenai Talasemia, pameran kesihatan serta sesi perkongsian dari pesakit Talasemia.

Turut hadir YBhg. Dato’ Prof. Dr Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Cansoler Universiti Putra Malaysia, YBrs. Prof. Madya Dr Nor Fadhlina binti Zakaria, Timbalan Pengarah (Klinikal) mewakili Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), YBhg. Prof. Dr. Normala binti Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM, YBrs. Dr Muhammad Zaid bin Abu Bakar, Pengarah Program Hari Talasemia Sedunia Peringkat Kebangsaan, YBrs. Prof. Madya Dr Anita binti Abd Rahman, Ketua Unit Kesihatan Awam HSAAS, dan YBrs. Encik Abdul Razak bin Mahmood, Presiden Persatuan Talasemia Selangor.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-08-21 16:49:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page