MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG BUKIT BADONG, KUALA SELANGOR.

18 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor.

Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan cadangan KKM untuk menjadikan Kampung Harmoni dan Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor, Selangor sebagai Kampung Angkat MADANI KKM.

Projek Kampung Angkat MADANI KKM yang merangkumi peningkatan infrastruktur dan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta pendidikan kesihatan bertujuan meningkatkan liputan kemudahan asas dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 942 keluarga dan 4,585 penduduk di mana KKM telah merangka 21 projek merangkumi peningkatan kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kesihatan.

KKM yakin bahawa pelancaran Kampung Angkat MADANI ini akan membawa perubahan positif kepada penduduk Kampung Bukit Badong dan Kampung Harmoni.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Hajah NorFariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Tn Hj Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, YBrs. Tuan Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Pegawai-pegawai Kanan KKM.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-23 09:46:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page