MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PENSIJILAN SAMM MS ISO 15189 KEPADA EMPAT (4) BUAH MAKMAL DI BAWAH JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA (JKWPKL&P)

19 Ogos 2024- Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) MS ISO 15189 bagi empat (4) buah Makmal Patologi Kesihatan Primer Klinik Kesihatan iaitu makmal Klinik Kesihatan (KK) Kuala Lumpur, KK Tanglin, KK Cheras dan KK Putrajaya Presint 18 pada 3 Januari 2024.

Pencapaian ini adalah yang julung kali diperolehi di Malaysia bagi kategori Makmal Patologi Primer Klinik Kesihatan. Pensijilan ini juga membuktikan bahawa perkhidmatan makmal KKM memenuhi keperluan piawaian tempatan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Majlis Penyerahan pensijilan SAMM MS ISO 15189 telah diadakan baru-baru ini di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Wakil Jabatan Standard Malaysia telah menyerahkan sijil akreditasi tersebut kepada YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atas pencapaian yang amat membanggakan ini. KKM sentiasa komited untuk memastikan standard kualiti yang diperoleh ini sentiasa dipelihara dan ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap golongan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang cekap, berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-23 10:00:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page