17 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah membuat lawatan ke Klinik-klinik statik di lokasi acara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Sarawak 2024.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menyuntik semangat para petugas kesihatan dan sukarelawan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat diberikan kepada para atlet dan pihak pengurusan SUKMA. Klinik statik ini ditempatkan di beberapa lokasi acara sukan agar dapat memberikan rawatan awal kepada atlet jika berlakunya kemalangan atau kecederaan sebelum, semasa serta selepas acara berlangsung.
Antara klinik statik yang dikunjungi oleh YB Dato Lukanisman ialah Klinik Statik Akuatik, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Klinik Statik Memanah di Lapang Sasar Memanah, Klinik Statik Lawn Bowls di Arena Lawn Bowls Petra Jaya, Klinik Statik Taekwondo di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Klinik Statik Skuasy di Pusat Skuasy Sarawak, Klinik Statik Berbasikal di Bukit Siol Dewan Bandaraya Kuching Utara, Klinik Statik Gimrama di Borneo Convention Centre Kuching dan Perkampungan Sukan SUKMA di Universiti Malaysia Sarawak.
Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).
Kemaskini pada 2024-08-26 10:16:05 daripada UKK Norhanita