MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) PULAU PINANG

19 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang. Kedatangan beliau disambut dan diberikan taklimat oleh YBhg. Dato' Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Di bawah pentadbiran JKN Pulau Pinang terdapat enam (6) buah hospital, lima (5) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), 35 Klinik Kesihatan, 14 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, 53 Klinik Desa dan 10 Klinik Komuniti & Klinik UTC. Antara enam (6) hospital di Pulau Pinang, Hospital Pulau Pinang merupakan hospital Lead kepada Hospital Balik Pulau (Hospital Berpakar) di bawah Hospital Kluster Pulau. Manakala Hospital Seberang Jaya (Hospital Pakar Major) merupakan hospital Lead kepada Hospital Kepala Batas (Hospital Pakar Minor), Hospital Bukit Mertajam (Hospital Pakar Minor) dan Hospital Sungai Bakap (Hospital Tanpa Pakar) di bawah Hospital Kluster Seberang Perai.

Semasa sesi perbincangan YB Timbalan Menteri Kesihatan bersama JKN Pulau Pinang, beberapa agenda telah diketengahkan ke arah sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien. Antaranya ialah agenda pendigitalan penjagaan kesihatan KKM, rekod perubatan elektronik atau 'Electronic Medical Record' (EMR), pembiayaan kesihatan negara (Health Financing) dan sebagainya. Selain itu, YB Timbalan Menteri Kesihatan turut menyatakan bahawa KKM memerlukan kerjasama daripada semua JKN dan juga sokongan dari warga KKM hingga ke akar umbi ke atas kempen-kempen KKM terutamanya 'War On Sugar'.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Haji Alias bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Rafeah binti Sibil, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), YBrs. Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang dan Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-26 10:22:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page