MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PROJEK KUARTERS BAHARU HOSPITAL PULAU PINANG.

19 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja rasmi di Pulau Pinang dengan melawat Projek Kuarters baharu Hospital Pulau Pinang.

Projek Kuarters baharu Hospital Pulau Pinang bertujuan untuk menggantikan 72 unit kuarters Ceria (3 blok). Keseluruhan Kuarters Hospital Pulau Pinang baharu ini mempunyai 16 tingkat iaitu tingkat 1 hingga tingkat 4 adalah tempat letak kenderaan manakala tingkat 5 hingga tingkat 16 adalah merupakan kediaman sebanyak 204 unit rumah. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti dewan serbaguna, surau, taska dan taman permainan kanak-kanak.

Dengan pembinaan Kuarters Hospital Pulau Pinang yang baharu ini, ia dapat memenuhi keperluan dan kemudahan perumahan kepada kakitangan KKM yang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-26 11:40:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page