MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN 34TH MALAYSIA-THAILAND BORDER HEALTH SCIENTIFIC CONFERENCE DI GRAND BALLROOM BAYVIEW BEACH RESORT, BATU FERRINGHI, PULAU PINANG.

20 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman telah menyempurnakan Perasmian 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference bertempat di Grand Ballroom Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

The 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference (MTBHSC) merupakan acara tahunan telah mengumpulkan sejumlah 240 delegasi dari Malaysia dan Thailand. Mesyuarat yang bertemakan “Bridging Borders for Healthier Communities” berfungsi sebagai platform penting bagi kedua-dua negara untuk berkomunikasi, berbincang, dan merancang usaha kerjasama dalam mengatasi cabaran berkaitan isu kes kesihatan antara Malaysia dan Thailand.

Objektif utama mesyuarat MTBHSC ini adalah untuk meningkat dan mengeratkan kolaborasi antara Malaysia dan Thailand terutama di sempadan negara dengan memperkukuhkan perkongsian sumber bagi memastikan pengurusan isu kesihatan sempadan yang lebih selamat dan berkesan.

Antara isu yang akan dibincangkan adalah kerjasama kesihatan rentas sempadan, pemantauan dan kawalan penyakit, akses kepada penjagaan kesihatan dan pemindahan pesakit, pengawalan dan pemantauan produk berkaitan kesihatan, serta kesiapsiagaan dan respons kecemasan, dan kerjasama dalam penyelidikan.

Dato Lukanisman menyatakan hasrat agar mesyuarat ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara bukan saja dalam sektor kesihatan tetapi sektor-sektor lain seperti ekonomi, pendidikan dan sosial di samping dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan keselamatan di sempadan, serta memberi manfaat bersama bagi kedua-dua negara.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Sombat Phadungvitvatthana, Penyelia Kesihatan Wilayah 12, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand dan Dr. Songkran Maichum, Ketua Pegawai Perubatan Wilayah Songkhla, Thailand.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-08-26 11:56:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page