MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA BATU FERRINGI,PULAU PINANG

20 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Klinik Desa Batu Ferringhi mula beroperasi sebagai klinik bidan pada tahun 1962. Kemudian, klinik bidan telah dinaik taraf sebagai Klinik Desa Batu Ferringhi pada Ogos 1988 yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada 18-20 orang sehari secara purata. Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Desa Batu Ferringhi adalah perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta saringan kesihatan warga emas.

Dato Lukanisman amat menghargai jasa dan pengorbanan warga petugas kesihatan terutamanya yang berkhidmat di Klinik Desa yang mempunyai kemudahan kesihatan yang terhad. Dato Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan dengan jururawat masyarakat yang berkhidmat di Klinik Desa tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Haji Alias Haji Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Maheswari Malayandy, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Rozaini Mat Shah, Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-08-26 12:02:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page