MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MELANCARKAN DUA GARIS PANDUAN SEMPENA MESYUARAT SAINTIFIK MOH-AMM KE-15 TAHUN 2024

20 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan garis panduan kebangsaan yang pertama berkenaan National Guidance on Advance Care Planning dan Guidelines on Patient Registry Establishment and Implementation in Ministry of Health Malaysia sempena Mesyuarat Saintifik MOH-AMM Ke-15 tahun 2024 di Institut Kesihatan Negara, Shah Alam, Selangor.

Malaysia mempunyai populasi yang menua serta peningkatan insiden penyakit tidak berjangkit (NCD). Sehubungan itu, Advance Care Planning (ACP) adalah sesuatu amalan untuk membincangkan dan mendokumentasi nilai dan keutamaan seseorang individu berkenaan penjagaan yang diperlukan oleh seseorang di hari tua. ACP akan menggalakkan komunikasi yang lebih terbuka antara pesakit, ahli keluarga dan pegawai penjagaan kesihatan mereka untuk memupuk pemahaman yang lebih jelas mengenai kehendak dan keutamaan mereka untuk penjagaan pada masa hadapan apabila kesihatan mereka merosot sehingga hilang keupayaan untuk berkomunikasi. ACP sudah semakin biasa diamalkan dalam sistem kesihatan di negara-negara maju dan amat penting untuk turut diterapkan dalam amalan penjagaan kesihatan rutin di Malaysia.

Dalam perkembangan landskap penjagaan kesihatan, registri pesakit memainkan peranan yang penting dalam memahami corak dan bebanan penyakit, keberkesanan hasil rawatan dan penggunaan penjagaan kesihatan. Maklumat yang dijana daripada pengumpulan data melalui sistem registri pesakit dapat membantu dalam usaha meningkatkan hasil dan kualiti penjagaan pesakit serta menjadi panduan untuk dasar-dasar kesihatan di peringkat organisasi dan kebangsaan. Proses ini juga berlandaskan pengurusan data yang efektif yang merangkumi langkah-langkah pengumpulan data yang sistematik, pengesahan, pengurusan, penyimpanan, penjagaan keselamatan, analisis dan pelaporan, dengan berasaskan standard dan protokol yang seragam. Dasar tadbir urus registri akan memandu pengoperasian registri pesakit; tadbir urus data akan memastikan pematuhan kepada peraturan dan standard etika manakala tadbir urus sistem menjamin kebolehpercayaan, kebolehskalaan, dan kebolehoperasian infrastruktur registri dengan sistem penjagaan kesihatan yang lain.

Pelancaran garis panduan ini menyediakan satu rangka kerja berstruktur untuk menyokong penubuhan dan pelaksanaan sistem registri pesakit di Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengaplikasikan amalan terbaik yang ada dan menggunakan pendekatan 'journey-oriented'. Garis panduan ini bertujuan untuk menyelaraskan proses, memastikan konsistensi, dan meningkatkan keberkesanan sistem registri pesakit di Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada hasil penjagaan kesihatan yang lebih baik dan penggubalan dasar yang berkaitan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs. Prof. Dr. Rosmawati binti Mohamed, Master Academy of Medicine of Malaysia dan YBhg Datin Dr. Sheamini a/p Sivasampu, Pengarah, Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Malaysia (NIH).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-26 12:10:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page