MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN TANJONG BUNGAH PULAU PINANG.

20 Ogos 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja ke klinik ke-2, iaitu Klinik Kesihatan Tanjong Bungah, Pulau Pinang pada tengah hari.

Kedatangan Dato Lukanisman telah disambut oleh YBrs. Dr. Leow Hong Tee, Pakar Kesihatan Keluarga dan dibawa melawat sekitar klinik dan meninjau kemudahan yang disediakan di Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Farmasi, Makmal, Radiologi, Fisioterapi, Perkhidmatan Kecemasan & Ambulans dan sebagainya.

Klinik Kesihatan Tanjong Bungah merupakan Klinik Kesihatan Jenis 5 telah mula beroperasi pada tahun 1974. Klinik Kesihatan Tanjong Bungah ini mempunyai tenaga kerja seramai 41 orang yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 30,000 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 525 orang sehari.

Dato Lukanisman mengambil kesempatan untuk menyantuni petugas-petugas dan juga beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Haji Alias Haji Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Maheswari Malayandy, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Rozaini Mat Shah, Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-26 12:15:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page