MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PROJEK KLINIK DESA PADANG MENORA, PULAU PINANG.

YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke lokasi terakhir, iaitu ke tapak projek Klinik Desa Padang Menora, Pulau Pinang.

YB Dato Lukanisman telah diberikan taklimat oleh Tuan Mohd. Zuwairi Samsuddin, Jurutera Daerah Seberang Perai Utara, Jabatan Kerja Raya mengenai proses roboh dan bina semula Klinik Desa Padang Menora, Pulau Pinang.

Klinik Desa Padang Menora yang bangunan asal berstruktur kayu telah disenaraikan dalam Projek Klinik Daif Tahun 2024. Oleh itu, projek kerja pembaikan, naik taraf roboh dan bina semula telah bermula pada Julai 2024 dan projek ini dijangka siap pada Oktober 2024.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Haji Alias bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Maheswari Malayandy, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Izani Uzair Zubair, Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-26 12:29:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page