MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK HOSPITAL DUNGUN, KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) KOTA PUTERA, BESUT DAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) PAYA DATU, KUALA TERENGGANU DI HOSPITAL DUNGUN, TERENGGANU.

24 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Hospital Dungun, Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kota Putera, Besut dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Paya Datu, Kuala Terengganu di Hospital Dungun, Terengganu.

Pembinaan Hospital Dungun baharu ini telah disiapkan pada 25 Jun 2024 yang lalu dan ia bertujuan untuk menaik taraf Hospital Dungun sedia ada daripada Hospital Tanpa Pakar kepada Hospital Pakar Minor melibatkan 11 bidang kepakaran iaitu:

1. Perubatan Am;

2. Pembedahan Am;

3. Pediatrik;

4. Obstetrik & Ginekologi;

5. Ortopedik;

6. Anestesiologi & Rawatan Kritikal;

7. Kecemasan & Trauma;

8. Psikiatri, Radiologi;

9. Patologi; dan

10. Pergigian (Oral Maksilofasial dan Pediatrik).

Bangunan baharu Hospital Dungun ini akan mula beroperasi pada 1 Oktober 2024 seterusnya meningkatkan kapasiti bilangan katil Hospital Dungun kepada 218 katil, 4 dewan bedah dan 6 katil ICU. Pertambahan kemudahan dan bidang-bidang kepakaran tersebut akan mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Kemaman dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.

Klinik Kesihatan Kota Putera Besut pula akan mula beroperasi pada 2 September 2024 bagi menggantikan klinik sedia ada yang telah ditutup pada 21 Julai 2024. Klinik baharu ini menawarkan 27 skop perkhidmatan yang merangkumi pelbagai aspek kesihatan.

Selain itu, bagi Klinik Kesihatan Paya Datu pula akan mula beroperasi secara rasmi bermula 1 Oktober 2024. Klinik Kesihatan ini akan menggantikan Klinik Desa Paya Datu yang bakal menawarkan perkhidmatan yang lebih komprehensif iaitu Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Kecemasan dan Farmasi.

Turut hadir, YB Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar, Bandar Negeri Terengganu, YB Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Ahli Dewan Negara, YBrs. Tuan Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 11:35:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page