25 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat Sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Terengganu bersama wakil-wakil peniaga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pulau Perhentian, Terengganu.
Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya ”BeBAs” diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja berkaitan kepentingan kebersihan premis makanan termasuklah kepatuhan kepada larangan merokok.
Program Walkabout BeBAs di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil yang diadakan ini merupakan lokasi kelima selepas:
1. Lokasi pertama : Jalan Alor Kuala Lumpur (17 Februari 2024);
2. Lokasi kedua : Persiaran Waterfront Port Dickson (8 Jun 2024);
3. Lokasi ketiga : Bandar Kubota, Tawau (6 Julai 2024); dan
4. Lokasi keempat : Kompleks Komalaut 2, Perlis (13 Julai 2024).
Pemilihan Pulau Perhentian sebagai lokasi Walkabout BeBAs adalah bersesuaian demi memastikan semua premis makanan di sini bersih dan selamat untuk semua pelancong yang datang bagi menikmati keindahan Pulau Perhentian itu sendiri.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Ts. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan YBhg. Dato' Dr. Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.
Kemaskini pada 2024-09-03 12:27:07 daripada UKK Norhanita