25 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan (KK) Kota Putera, Besut, Terengganu.
Klinik Kesihatan Kota Putera ini dibina bagi menggantikan klinik sedia ada yang tidak lagi dapat menampung keperluan semasa. Klinik baharu ini juga menawarkan 29 skop perkhidmatan termasuk klinik berhenti merokok, klinik pergigian dan klinik maya.
KK Kota Putera ini akan mula beroperasi pada 2 September 2024.
Purata kehadiran pesakit di klinik lama adalah di antara 300 hingga 400 pesakit sehari. Oleh itu, dengan pembukaan Klinik Kesihatan ini mampu menampung sehingga 500 orang pesakit sehari.
Kesesakan yang berlaku sebelum ini dapat dikurangkan secara signifikan membolehkan pesakit mendapatkan perkhidmatan dengan lebih cepat dan selesa. Selain itu, dengan adanya perkhidmatan pengimejan dan diagnostik, ia mampu membantu mengurangkan bebanan pesakit untuk ke Hospital Besut yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari kawasan ini.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Ts. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan YBhg. Dato' Dr. Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.
Kemaskini pada 2024-09-03 12:33:54 daripada UKK Norhanita