26 Ogos 2024- Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din, Pengerusi MCMC dan YBrs. Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.
Persidangan Kesihatan Antarabangsa, ‘Malaysia International Healthcare ("MIH") Megatrends 2024’ menampilkan pakar penjagaan kesihatan global terkemuka, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ("MCMC") serta barisan pemain utama industri.
MIH Megatrends 2024, anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) bertujuan untuk menghimpunkan barisan pemain industri penjagaan kesihatan global, profesional, inovator dan pembuat dasar untuk membincangkan kemajuan teknologi terkini, bertukar ilmu pengetahuan dan memupuk kerjasama untuk meningkatkan kualiti, aksesibiliti dan kemampanan penjagaan kesihatan (sustainable healthcare).
KKM diiktiraf atas usaha cemerlang dalam menyatukan pihak berkepentingan utama daripada sektor kesihatan tempatan dan antarabangsa dalam acara MIH Megatrends 2024. Pencapaian ini menggambarkan peranan penting satu pasukan yang berdedikasi dan bersatu. Penglibatan berterusan daripada sektor swasta, terutamanya melalui kerjasama awam-swasta (“public-private partnership” atau “PPP”), telah menjadi pemangkin dalam melengkapkan usaha ini, demi memastikan penjagaan kesihatan yang berkesan dan berjaya.
Kemaskini pada 2024-09-03 12:48:13 daripada UKK Norhanita