MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA T.Y.T FLORENTINO BATISTA GONZALEZ, DUTA BESAR REPUBLIK CUBA KE MALAYSIA.

27 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T Florentino Batista Gonzalez, Duta Besar Republik Cuba ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Republik Cuba terutamanya dalam diplomasi kesihatan.

Duta Besar Republik Cuba telah berkongsi pengalaman negara tersebut dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang kurang bernasib baik (underpriviledged) dan kawasan pedalaman di Latin Amerika, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Republik Cuba yang maju dalam bidang bioteknologi telah membangun dan mengoperasikan Interior Diagnostic Center yang merupakan kemudahan berteknologi tinggi di Venezuela sejak 20 tahun yang lepas.

KKM juga telah berkongsi pengalaman menguruskan perkhidmatan kesihatan bagi kawasan pedalaman di Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menerusi penubuhan Klinik Orang Asli, klinik bergerak melalui darat, air serta udara. Republik Cuba bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan vaksin di mana pihak tersebut telah membangunkan pelbagai vaksin hasil penyelidikan termasuk Halal Meningitis Vaccine.

Republik Cuba juga ingin bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta regulatori perubatan. Malaysia dan Republik Cuba bersetuju untuk mengadakan Memoradum of Understang (MoU) agar kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam bidang perubatan.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kedutaan Republik Cuba.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 13:03:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page