MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA).

28 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai langkah proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan KKM sekiranya negara menghadapi situasi kecemasan kesihatan.

Semasa lawatan tersebut, YB Menteri telah memeriksa beberapa kawasan kritikal sebagai langkah awal mencegah penyebaran penyakit termasuk kawasan pemantauan ketibaan pengembara di pintu masuk dan kaunter imbasan suhu serta saringan demam kuning.

Di samping itu, YB Menteri turut telah meninjau bilik rawatan dan pusat kuarantin kesihatan yang disediakan di KLIA bagi memastikan kelengkapan fasiliti dan kakitangan yang terlatih mampu memberi rawatan kepada pengembara dengan segera. Kunjungan ke kaunter imigresen turut merupakan sebahagian daripada lawatan bagi memastikan semua prosedur kawalan sempadan dipatuhi.

Lawatan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan awam, tetapi juga memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat sedang dilaksanakan untuk melindungi negara daripada ancaman penyakit berjangkit seperti MPOX.

YB Menteri telah mengakhiri lawatan dengan menegaskan kepentingan kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan global.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Thilaka a/p Chinnayah, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 13:17:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page