MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN MYGENOM DI INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), SETIA ALAM.

29 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran MyGenom di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam.

Projek MyGenom merupakan program usaha sama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan suatu anjakan penting dalam perkembangan bidang sains dan teknologi, khususnya dalam populasi genomik.

MyGenom menetapkan tiga objektif utama iaitu menjujuk genom rakyat Malaysia, penghasilan ‘genom rujukan’ untuk Malaysia dan mencirikan variasi genetik rakyat Malaysia.

Melalui penjujukan dan analisis genom rakyat Malaysia, pencirian variasi genetik kepelbagaian masyarakat merentasi pelbagai etnik dan kaum dapat dikenal pasti, dan maklumat ini adalah penting bagi pelaksanaan ke arah perubatan jitu (precision medicine) apabila dilaksanakan di Malaysia kelak.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah diberi mandat untuk melaksanakan persampelan Projek MyGenom yang menyasarkan sejumlah 3,500 sampel saringan untuk penjujukan genom bagi fasa pertama inisiatif ini.

YB Menteri Kesihatan menyatakan bahawa perubatan jitu berasaskan genomik turut memberi harapan untuk menawarkan rawatan yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 13:27:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page