MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS SAMBUTAN BAYI MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE–67 TAHUN 2024 DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH, KUALA LUMPUR.

30 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Sambutan Bayi Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke–67 Tahun 2024 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Sambutan Bayi Merdeka kali ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Anak Merdeka bertujuan untuk meraikan bayi yang lahir pada 31 Ogos. Program ini merupakan acara tahunan yang telah dimulakan sejak tahun 1998 di Hospital Kuala Lumpur dan masih diteruskan sehingga kini meskipun setelah berpindah ke Hospital Tuanku Azizah pada tahun 2022.

Menteri Kesihatan turut meluangkan masa menyantuni ibu - ibu yang bakal bersalin pada 31 Ogos di Hospital Tunku Azizah ini di samping menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Harikrishna a/l K.Ragavan Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah Hospital Tunku Azizah, YBhg. Datuk Dr. Haji Mohammad Alwi bin Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Warisan Anak Merdeka Kuala Lumpur & Selangor, YM Tuan Farezuddeen Ahmad bin Tuan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium PROHAWK Sdn Bhd dan YBrs. Encik Muhammad Mustafa bin Ghazanfar, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat, Hospital Kuala Lumpur.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 14:03:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page