MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024 DI DATARAN PUTRAJAYA.

31 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri lebih 100,000 pengunjung di Dataran Putrajaya.

Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Hari Kebangsaan 2024 disemarakkan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh 17,262 orang peserta termasuk penglibatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Kontijen Perkhidmatan Awam.

Kontijen perkhidmatan awam ini melibatkan penyertaan 28 kementerian dan jabatan kerajaan dan dengan anggota terdiri daripada penjawat awam pelbagai bangsa, golongan dan sektor.

Sambutan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan isteri, Timbalan- timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Duta serta Konsulat Asing di Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-03 14:18:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page