MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE WELLNESS HUB JOHOR BAHRU

2 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah Mengadakan lawatan kerja ke Wellness Hub Johor Bahru.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pengurusan Tertinggi JKN Johor dan dibawa melawat ke Wellness Hub serta diberikan taklimat pengoperasian. YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa untuk menanam pokok di perkarangan Wellness Hub sebagai simbolik sokongan terhadap program ‘Go Green’ Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Wellness Hub Johor Bahru ini memulakan operasinya pada bulan Februari tahun 2022 dan beroperasi sepenuhnya pada Disember 2022, berfungsi sebagai Jabatan Pendidikan Pesakit di bawah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Wellness Hub Johor Bahru ini mempunyai kemudahan seperti Sudut Penilaian Risiko Kesihatan, Bilik Rundingan Cara Kerja Sihat, Sudut HePiLi, Wellness Studio, Bilk Gerakan MyChampion, Mini Gimnasium, Studio Aerobik dan Ruang My Green Hands yang memberikan ruang kepada pesakit dan komuniti setempat untuk bergiat aktif dan cergas sepanjang masa.

Turut hadir Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBhg Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Puan Pramila a/p Jeyaramachandram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), YBrs. Dr. Nurul Ashikin binti Abdullah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi).

 

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:03:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page