MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA) JOHOR BAHRU

2 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Dalam lawatan berkenaan, Dr Haji Ahmad Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah menyampaikan taklimat berhubung pengoperasian fasiliti kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Johor secara amnya.

Lawatan YB Timbalan Menteri Kesihatan ke HSA adalah untuk melihat keadaan persekitaran kawasan hospital serta fasiliti yang disediakan bagi memastikan perancangan naik taraf dapat dilaksanakan dengan baik.

YB Timbalan Menteri Kesihatan telah dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Makmal Patologi serta tapak Ambulatory Care Centre (ACC) atau Pusat Rawatan Harian.

YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa untuk melawat dan menyantuni pesakit dan kakitangan di HSA.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBhg Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Puan Pramila a/p Jeyaramachandram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), YBrs. Dr. Nurrul Ashikin binti Abdullah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:20:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page