MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN MAHMOODIAH

2 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Klinik Kesihatan Mahmoodiah Johor Bahru ini telah mula dibina pada 2 Julai 2003 dan klinik ini telah beroperasi pada tahun 2005. Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan antaranya seperti Rawatan Pesakit Luar, Penyakit Tidak Berjangkit, Penyakit Berjangkit, Klinik Demam, Klinik Impian (STI Friendly Clinic), Klinik Berhenti Merokok, Klinik Terapi Gantian Methadone, Perkhidmatan Klinik Warga Emas, Perkhidmatan Klinik Remaja, Program Perawatan Domisiliari dan Saringan Kanser.

YB Timbalan Menteri telah dibawa meninjau perkembangan terkini berhubung Projek Pembaikan Tembok Penahan Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Pembaikan tembok ini dijalankan kerana kerosakan tembok yang berlaku akibat hakisan tanah.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Puan Pramila a/p Jeyaramachandram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), YBrs. Dr. Nurrul Ashikin binti Abdullah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi).

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:39:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page