MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB) GELANG PATAH.

2 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Pejabat Kesihatan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan telah disambut oleh YBrs. Dr Haidar Rizal bin Toha, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru bersama YBrs. Dr. Mohamad Nasyaruddin bin Abd Latip, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan telah diberikan taklimat ringkas berhubung pengoperasian Pejabat Kesihatan di Kompleks Sultan Abu Bakar ini.

Kompleks Sultan Abu Bakar ini dibuka secara rasminya pada 2 Januari 1998 dan merupakan laluan yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura. .

Pejabat Kesihatan KSAB ini meliputi beberapa unit seperti Unit Kesihatan Antarabangsa, Unit Kawalan Penyakit, Unit Keselamatan & Kualiti Makanan, Unit Kualiti Mutu Air Minum dan Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling.

YB Timbalan Menteri telah dibawa melawat sekitar Kompleks KSAB dan meninjau kesiapsiagaan Pejabat Kesihatan KSAB yang berperanan mengawal penularan penyakit berjangkit ke Malaysia. Unit Kesihatan Antarabangsa adalah untuk Kawalan Penakit Berjangkit (CDC) dan Kawalan Kesihatan Antarabangsa (IHR). Unit ini akan menjalankan pemeriksaan ke atas pengembara yang datang dari negara endemik Demam Kuning di pintu masuk antarabangsa termasuklah saringan Mers Co- V, Saringan Ebola, Saringan Covid -19, Saringan mpox dan juga Pemeriksaan Pengimportan Tisu Manusia atau mana-mana bahagiannya apabila konsaimen tiba di pintu masuk antarabangsa. .

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Puan Suraya Hanim binti Sith (Ketua Pegawai Penyelaras KSAB, Kementerian Dalam Negeri), Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi), Puan Rosnah Binti Mohammad (Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan dan Kualiti Makanan) dan wakil-wakil jabatan agensi kerajaan yang terlibat di Pintu Masuk Antarabangsa KSAB.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:45:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page