MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE MAKMAL KESIHATAN AWAM JOHOR BAHRU

3 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs. Dr. Yusmah binti Muhamad, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru diringi YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru telah beroperasi sepenuhnya pada 1 November 1999 dan memberi perkhidmatan sokongan makmal dalam semua program Kesihatan Awam seperti Program Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Mutu Makanan dan Pengawalan/Pencegahan Wabak.

Objektif utama Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru adalah:

a. Menyediakan perkhidmatan makmal untuk siasatan wabak penyakit berjangkit.

b. Menyediakan perkhidmatan makmal bagi aktiviti pemantauan dan survelan terhadap penyakit berkaitan kesihatan awam serta keselamatan dan kualiti makanan.

c. Menyediakan perkhidmatan makmal untuk penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985; dan

d. Menyediakan perkhidmatan Latihan dan jaminan kualiti sebagai memenuhi program Kesihatan Awam.

Lawatan YB Timbalan Menteri Kesihatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pengoperasian Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru oleh YBrs. Dr. Yusmah binti Muhamad, Pengarah Makmal Kesihatan Awam. Sejurus selepas taklimat, YB Timbalan Menteri Kesihatan dibawa melawat ke makmal bagi meninjau pengoperasian Makmal Kesihatan Awam ini.

YB Timbalan Menteri Kesihatan juga meluangkan masa untuk menyantuni warga kerja Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru.

Turut hadir Puan Pramila a/p Jeyaramachandram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) Dan Puan Aida Marlizawati binti Maharam, Ketua Jurutera Negeri Johor.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:50:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page