MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE INSEKTARIUM DAN PROGRAM PENGOPERASIAN PELEPASAN NYAMUK AEDES BERWOLBACHIA NEGERI JOHOR

3 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Insektarium dan Program Pengoperasian Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia negeri Johor.

YB Timbalan Menteri Kesihatan telah disambut oleh Puan Ropiah binti Jaraee’ selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Entomologi & Pest bersama Dr Shamsul bin Ma'ali, wakil Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan diiringi YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

Program di Insektarium ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Ropiah binti Jaraee’ mengenai status pencapaian Program Pengoperasian Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia peringkat negeri Johor. Sejurus selepas sesi taklimat, YB Timbalan Menteri Kesihatan dibawa melawat dan meninjau kaedah pelaksaan Program Pengoperasian Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia di Insektarium. Tayangan video projek menaiktaraf Insektarium yang dibiayai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pelaksanaan pada peringkat permulaan operasi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di negeri Johor juga dipertontonkan kepada YB Timbalan Menteri.

Sejurus selesainya lawatan di Insektarium, YB Timbalan Menteri telah dibawa melawat ke Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) di Bangunan Permai Lama yang menempatkan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor. YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa untuk menyantuni warga kerja Insektarium dan Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

 

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-12 12:55:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page