MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PUSAT PEMBEKALAN UBAT SUSULAN SETEMPAT (PPUSS) SECARA PANDU LALU PERSIARAN TANJUNG ,TAMPOI,JOHOR

3 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat ke Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Secara Pandu Lalu, Persiaran Tanjung, Tampoi, Johor.

PPUSS ini mula beroperasi pada 23 Julai 2017 dan menawarkan perkhidmatan pembekalan ubat susulan secara pandu lalu di luar fasiliti hospital dan klinik kesihatan, bagi pesakit dengan preskripsi melebihi satu bulan. Kini, sekitar 5,250 pesakit sebulan menggunakan perkhidmatan secara farmasi pandu lalu di PPUSS Persiaran Tanjung.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit dari hospital dan klinik kesihatan di negeri Johor terutamanya di daerah Johor Bahru. Terdapat 10 fasiliti yang berkongsi menggunakan perkhidmatan pandu lalu di PPUSS, Persiaran Tanjung iaitu Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Hospital Permai, KK Kempas, KK Tampoi, KK Mahmoodiah, KK Majidee, KK Masai, KK Sultan Ismail dan KK Bukit Indah.

PPUSS Persiaran Tanjung juga berperanan sebagai hub penyediaan bungkusan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) bagi Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Aminah.

Lawatan di PPUSS ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Mohamad Ammar bin Zainuddin selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan seterusnya membawa YB Timbalan Menteri Kesihatan untuk melawat dan meninjau proses kerja pengambilan ubat secara pandu lalu. Sistem dan kaedah pembekalan di PPUSS Persiaran Tanjung adalah inisiatif oleh pihak farmasi bagi memberi kemudahan kepada pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat dengan lebih mudah dan cepat.

Turut hadir YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Pn Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), JKN Johor serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

 

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-12 13:01:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page