MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA KANGKAR TEBRAU, JOHOR BAHRU.

3 September  2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat ke Klinik Desa Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Klinik Kesihatan Desa Kangkar Tebrau telah mula beroperasi pada tahun 1963 dengan hospital rujukannya ialah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Klinik Desa ini menawarkan perkhidmatan kepada Ibu dan Anak seperti penjagaan antenatal, postnatal, pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak, pendidikan kesihatan, saringan kanser serviks dan juga lawatan rumah ke rumah.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs. Dr. Sakinah binti Abdullah, Pegawai Perubatan Klinik Desa Kangkar Tebrau dan menyampaikan taklimat ringkas berhubung pengoperasian Klinik Desa ini. Sejurus itu, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat dan meninjau perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pesakit di klinik ini. YB Timbalan Menteri juga turut meluangkan masa untuk menyantuni pesakit dan warga kerja Klinik Desa Kangkar Tebrau.

Turut hadir, YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Dr Haji Haidar Rizal bin Toha, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 13:13:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page