MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) MAJIDEE.

3 September 2024- YB Dato Lukanman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat ke Klinik Kesihatan (KK) Majidee, Johor Bahru.

Klinik Kesihatan Majidee ini telah mula beroperasi sejak tahun 1971 dan hospital rujukannya adalah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di fasiliti kesihatan ini adalah:

i. Rawatan Pesakit luar (OPD) dan kecemasan (MECC),

ii. NCD, DM, HPT, Dyslipidemia, Thyroid, Asthma, Mental, VC NCD, Verbal Autopsy

iii. Communicable Disease, Hepatitis C, Tibi, HIV

iv. Klinik STI, STD

v. Wound Clinic

vi. Klinik Demam

vii. Klinik COVID-19

viii. Klinik Terapi Gantian Methadone/ OSCA

ix. Klinik Berhenti Merokok

x. Perkhidmatan Warga Emas

xi. Perkhidmatan Kesihatan Remaja

xii. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

xiii. Program Perawatan Dormisilari

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs. Dr. Ungku Yasmin Soraya binti Ungku Abdul Rahman, Pegawai Perubatan Kanan Klinik Kesihatan Majidee bersama YBrs. Dr Haji Haidar Rizal bin Toha, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru. YB Timbalan Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat ringkas berkenaan pengoperasian klinik. Sejurus selepas itu, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah meninjau perkhidmatan kesihatan yang dtawarkan kepada pesakit. YB Timbalan Menteri Kesihatan juga telah melawat Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Majidee yang turut memberikan taklimat ringkas berhubung perkhidmatan pergigian.

Dalam pada itu, YB Timbalan Menteri juga turut meluangkan masa untuk melawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Klinik Kesihatan Majidee dan menyantuni warga kerja KKIA.

Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-12 13:32:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page