MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE JABATAN KESIHATAN DI KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ), BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, JOHOR BAHARU.

4 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melawat Jabatan Kesihatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan telah disambut oleh YBrs. Dr Haji Haidar Rizal bin Toha, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru bersama YBrs. Dr. Mohamad Nasyaruddin bin Abd Latip, Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru.

Majoriti pengembara adalah rakyat Malaysia yang bekerja di Negara Singapura dan juga rakyat Singapura yang berkunjung ke Malaysia. Purata harian kemasukan pengembara masuk ke Malaysia pada hari bekerja adalah seramai 100, 000 orang manakala pada hujung minggu boleh mencecah 130,000 hingga 170,000 orang.

Pejabat Kesihatan di BSI ini meliputi beberapa unit seperti Unit Kesihatan Antarabangsa, Unit Kawalan Vektor, Unit Kawalan & Kualiti Makanan Import, Unit Kesihatan Persekitaran dan Unit Kawalan Produk Farmaseutikal. Jabatan Kesihatan berperanan dan bertanggungjawab dalam mengesan dan menguruskan kemasukan pengembara yang disyaki bergejala dengan menggunakan kamera pengimbas suhu, rujukan kendiri oleh pengembara dan juga rujukan daripada agensi-agensi kerajaan di pintu masuk antarabangsa.

Lawatan YB Menteri Kesihatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh YBrs Dr Md Faizul bin Abd Razak, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kawalan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkenaan pengoperasian Jabatan Kesihatan di BSI ini. Seterusnya YB Menteri Kesihatan telah melawat dan meninjau tahap kesiapsiagaan Jabatan Kesihatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), dalam menghadapi ancaman penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan Mpox.

YB Menteri Kesihatan merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua petugas agensi yang terlibat di BSI ini dalam usaha untuk mengawal penularan wabak atau penyakit berjangkit ini dalam negara ini.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Puan Suraya Hanim binti Sith (Ketua Pegawai Penyelaras BSI & KSAB, Kementerian Dalam Negeri) Dan Puan Siti Hanidah binti Maksom, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi).

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 13:38:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page