MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIDANGAN SAINTIFIK PAKAR PERUBATAN KELUARGA KE-26 DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PERSADA DI JOHOR BAHRU.

5 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Saintifik Pakar Perubatan Keluarga ke-26 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.

Persidangan anjuran Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) dan Pakar Perubatan Keluarga Johor, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Universiti Monash, dan Universiti Newcastle Malaysia ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, dari 4 hingga 7 September 2024.

Program ini berjaya menarik lebih daripada 1,000 peserta tempatan dan antarabangsa dari pelbagai sektor, termasuk golongan profesional perubatan dan sains kesihatan bersekutu dalam sektor penjagaan kesihatan primer.

Tema persidangan tahun ini, "Embracing the Challenges of Change: Road to Champion" menekankan kepentingan memperkukuh ilmu, kemahiran dan infrastruktur klinikal bagi memperkasa perkhidmatan kesihatan primer yang semakin berkembang dan mencabar di Malaysia.

Persidangan ini juga membahaskan tentang kesihatan kanak-kanak dan remaja, kesihatan wanita dan lelaki, penjagaan warga emas, penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, serta penjagaan paliatif.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Mohd Shafiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, YBrs. Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Dr. Suriati Binti Hasim, Pengerusi Persidangan Saintifik Perubatan Keluarga Ke-26 (FMSC 2024).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 14:52:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page