MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT SEMPENA PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) PERINGKAT NEGERI JOHOR BERSAMA WAKIL-WAKIL PENIAGA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat Sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) Peringkat Negeri Johor bersama wakil-wakil peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Sesi ini merupakan platform kepada wakil-wakil peniaga dan badan bukan kerajaan di NGO untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.

Antara persatuan dan agensi-agensi yang terlibat Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Persatuan Peniaga India Muslim Negeri Johor (PERUSIM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Majlis Bandaraya Johor Bahru dan lain-lain.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa KKM akan mempergiatkan kerjasama badan bukan kerajaan bagi memastikan pematuhan larangan merokok dipatuhi.

Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Pengerusi PEMADAM Johor, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad Pengarah Kesihatan Negeri, YBrs. Ts. Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 15:59:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page