MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DI JALAN DHOBY, JOHOR BAHRU.

5 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Jalan Dhoby, Johor Bahru.

Program Walkabout ini merupakan lokasi keenam semenjak ia pertama kali diadakan pada Februari yang lalu.

Program ini merupakan simbolik kerjasama di antara pengusaha premis makanan dengan agensi kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO).

Konsep walkabout ini menitikberatkan transformasi tingkah laku dan pemerkasaanmasyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.

Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 30 premis di Jalan Dhoby dan kawasan di sekitarnya, di mana sembilan (9) premis makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS).

Program Walkabout BeBAs ini merupakan komitmen KKM terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi Pengiktirafan BeSS.

Turut hadir YB, Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Pengerusi PEMADAM Johor, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad Pengarah Kesihatan Negeri, YBrs. Ts. Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, YBhg. Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Pegawai Daerah Johor Bahru serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-12 16:40:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page