MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) DAN ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMCU) PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2024

7 September 2024-YB Dato Lukanisman Awang Sauni telah menyempurnakan Majlis Perasmian Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) adalah satu inisiatif yang diaspirasikan daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation. Manakala One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) adalah pelaksanaan aktiviti pencegahan penyakit berjangkit berkaitan kebersihan persekitaran.

Budaya hidup sihat sangat penting bagi mengelak faktor risiko bagi penyakit berbahaya selain meningkatkan imuniti badan generasi muda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga dalam misi ke arah memerangi pengambilan sugar melalui program War on Sugar. KKM konsisten membendung penyakit obesiti dan diabetes menerusi Perang Terhadap Gula berpandukan Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia 2024 hingga 2030 yang dilancarkan pada 29 Jun 2024 lalu.

Dato lukanisman berharap dengan penglibatan pihak pejabat Pendidikan dan pihak sekolah untuk melibatkan semua murid supaya dapat menghayati dan membudayakan hidup sihat di samping mencorakkan anak-anak muda supaya membesar menjadi individu yang sihat dan cakna akan kesihatan mereka.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. En. Jackery Anak Hillary Chukan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, YBrs. Dr. Rohani Binti Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Sarawak dan YBrs. Tuan Haji Syed Ishak Bin Haji Syed Manan, Pengetua SMK Agama Sibu.

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-13 14:33:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page