MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS APRESIASI DAN PERASMIAN I FIT AND EAT RIGHT (IFITER) SIRI 6 PERINGKAT DAERAH KLUANG

7 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja beliau dengan menghadiri ke Majlis Apresiasi dan Perasmian I Fit and Eat Right (IFitEr) Siri 6 Peringkat Daerah Kluang di Wellness Hub Kluang, Johor.

Wellness Hub Kluang adalah Wellness Hub ketiga di negeri Johor selepas Wellness Hub Batu Pahat dan Johor Bahru. Wellness Hub ini memulakan operasi pada Januari 2024 selepas bangunan siap sepenuhnya. Sehingga Ogos 2024 kedatangan klien ke Wellness Hub ini adalah seramai 887 orang.

Wellness Hub ini juga telah berjaya melaksanakan 6 siri program intervensi penurunan berat badan atau I Fit and Eat Right (IFitEr) bermula awal tahun 2024 lagi. Peserta program terdiri daripada warga kerja PKD Kluang, agensi kerajaan dan swasta, serta komuniti sekitar Johor Bahru.

Program IFITeR ini merupakan intervensi yang dijalankan selama 6 bulan. Peserta IFITER ini diberi keutamaan untuk menggunakan fasiliti dan peralatan gym di Wellness Hub Kluang secara berterusan sepanjang program ini.

Walaupun masih bermula baru pencapaian Siri IFitEr Wellness Hub Kluang amat memberansangkan iaitu daripada 37 peserta peserta siri 1 seramai 21% telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10% dari berat asal, dengan penurunan tertinggi sebanyak 17.1kg dan dimaklumkan juga bahawa ada peserta IFitEr yang dikendalikan oleh Wellness Influencer, dengan penuruan tertinggi sebanyak 20.1kg Pendaftaran klien juga telah mencapai 887 orang dalam tempoh 8 bulan operasi.

Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johr, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad Pengarah Kesihatan Negeri, YBrs. Dr. Mohd Shafiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, YB Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-13 14:39:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page