MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH KLUANG.

7 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kluang, Johor Bahru.

Lawatan dimulakan dengan lokasi yang pertama iaitu ke Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. Secara keseluruhannya di bawah pengurusan Pejabat Kesihatan Kluang, perkhidmatan kesihatan telah disampaikan kepada masyarakat melalui beberapa fasiliti iaitu sembilan (9) buah klinik kesihatan, 20 buah klinik desa dan tiga (3) buah klinik komuniti.

Antara klinik kesihatan di bawah seliaan pejabat kesihatan ini adalah KK Paloh, KK Jalan Mengkibol, KK Simpang Renggam dan KK Layang-Layang.

Seterusnya, Menteri Kesihatan juga telah di bawa untuk melihat kawasan tapak projek Klinik Kesihatan Jenis 2 Kluang yang dijangka akan bermula pada Disember 2024. Pembukaan klinik kesihatan ini akan dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang melalui pemindahan Jabatan Pesakit Luar ke klinik baharu tersebut.

Selain itu, kesesakan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kluang serta Klinik Kesihatan Jalan Mengkibol juga akan dapat dikurangkan dengan ketara.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meneruskan lawatan ke Klinik Pergigian Kluang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Pergigian Kluang ini adalah rawatan pesakit luar, perkhidmatan pergigian sekolah, perkhidmatan kepakaran bedah mulut, program orang asli dan klinik pergigian bergerak.

Terdapat 12 fasiliti di bawah KPM yang dilengkapi dengan 1 unit kerusi pergigian dalam memberikan perkhidmatan pergigian khasnya kepada murid-murid sekolah sekitar daerah tersebut.

Klinik ini juga giat menjalankan Program Pemasyarakatan Klinik Pergigian Sekolah (PPKS) bagi memastikan kesinambungan pendidikan kesihatan pergigian. Selain itu, klinik pergigian ini mempunyai Pasukan Buskers Pergigian Kluang Bulletproof Buskers sebagai salah satu inisiatif penyampaian pendidikan kesihatan pergigian melalui nyanyian.

Dalam lawatan ini, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menzahirkan penghargaan beliau kepada petugas-petugas kesihatan di daerah Kluang atas komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johr, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad Pengarah Kesihatan Negeri, YBrs. Dr. Mohd Shafiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, YB Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-13 14:49:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page