MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM (HBEK)

7 September 2024- Lawatan kerja YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Kluang diteruskan dengan lawatan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HBEK).

Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti blok kuarters, auditorium, kemudahan sukan dan lain-lain bagi memberikan keselesaan kepada pesakit dan juga petugas-petugas kesihatan di hospital tersebut. Antara perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah perubatan am, nefrologi, kecemasan dan trauma dan radiologi.

YB Menteri Kesihatan telah dibawa untuk meninjau pengoperasian di hospital ini dengan melawat wad-wad dan projek-projek naik taraf di hospital ini. Hospital Pakar Minor yang mempunyai sebelas (11) bidang kepakaran dengan kapasiti 382 katil, kini mula mencatatkan kadar penggunaan katil yang semakin meningkat. Pada tahun 2023, kadar penggunaan katil di hospital ini adalah sebanyak 83.71%. Oleh itu, KKM sedang menaik taraf wad di hospital ini untuk meningkatkan bilangan katil kepada 420 buah sejak September 2023 dan dijangka siap pada Jun 2026.

Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol, YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad Pengarah Kesihatan Negeri, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-17 12:47:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page